Meningkatkan Peranan Wakaf Kesihatan Dalam Menghadapi Wabak Covid-19

Authors

  • Cecep Soleh Kurniawan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
  • Mas Nooraini Binti Hj Mohiddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no1.48

Keywords:

Wakaf, Kesihatan, Wabak COVID-19

Abstract

Pada masa ini, seluruh umat manusia sedang menghadapi wabak COVID-19 yang telah merebak ke lebih dari 200 negara, menyebabkan lebih dari 28 juta orang terjangkit dan kematian lebih dari 900,000 orang di seluruh dunia. Wakaf jika diuruskan dengan betul dan profesional serta disokong oleh semua lapisan masyarakat, akan dapat memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan umat, terutama dalam menghadapi wabak COVID-19. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Data dikumpulkan dari pelbagai rujukan seperti artikel dan buku yang berkaitan dengan wakaf dan kesihatan, dan kemudian dianalisis untuk menentukan sejauh mana peranan yang dapat dimainkan oleh wakaf kesihatan dalam menangani COVID-19. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat potensi yang sangat tinggi untuk memaksimumkan peranan wakaf kesihatan dalam menghadapi wabak COVID-19 yang menular dengan begitu cepat ke seluruh dunia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-30

How to Cite

Kurniawan, C. S., & Binti Hj Mohiddin, M. N. (2021). Meningkatkan Peranan Wakaf Kesihatan Dalam Menghadapi Wabak Covid-19. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 2(1), 157-177. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no1.48

Issue

Section

Regular Issues