Strategi Komunikasi Efektif Pengguna Facebook Berpengaruh (Facebook Influencer) Dalam Membentuk Budaya Kedermawanan Di Malaysia

Authors

  • Muaz Mohd Noor Universiti Teknologi MARA
  • S. Salahudin Suyurno Universiti Teknologi MARA
  • Rawi Nordin Universiti Teknologi MARA
  • Mohd Zaid Mustafar Universiti Teknologi MARA
  • Muhammad Taufik Md Sharipp Universiti Teknologi MARA
  • Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Universiti Teknologi MARA

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no1.39

Keywords:

Komunikasi, Efektif, Kedermawanan, Media Sosial (Medsos), Facebook, Social Media Influencer

Abstract

Laman sosial Facebook merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang mempunyai peranan besar dan semakin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan rakyat Malaysia. Dari kalangan pengguna Facebook, terdapat istilah khusus bagi pengguna yang dilihat mempunyai pengaruh yang ramai, iaitu ‘Social Influencer’ (pengguna media sosial berpengaruh). Isitilah ini merujuk kepada seseorang yang mampu menggunakan media sosial untuk menjana perbincangan atau mempengaruhi pengikut-pengikut mereka. Biasanya mereka adalah orang yang berbakat, berpengetahuan, dan mempunyai pengalaman yang memberi inspirasi kepada orang-orang di sekeliling mereka sama ada keluarga, rakan-rakan atau dari kalangan pengikut (follower) mereka. Dari kalangan mereka pula, ada yang sangat terkehadapan dari sudut kebajikan sosial dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan, sehingga memberi inspirasi kepada ramai orang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji starategi komunikasi efektif para pengguna media sosial Facebook yang berpengaruh ini bagi membudayakan sikap kedermawanan (filantropi) di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah dokumentasi dan observasi, iaitu melakukan pengamatan langsung terhadap media sosial terpilih, iaitu Facebook. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan media sosial, khususnya Facebook dengan strategi komunikasi yang berkesan, sangat berperanan dalam membentuk budaya kedermawanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-30

How to Cite

Mohd Noor, M. ., Suyurno, S. S., Nordin, R., Mustafar, M. Z., Md Sharipp, M. T., & Mohd Aziz, M. K. N. (2021). Strategi Komunikasi Efektif Pengguna Facebook Berpengaruh (Facebook Influencer) Dalam Membentuk Budaya Kedermawanan Di Malaysia. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 2(1), 01-16. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no1.39

Issue

Section

Regular Issues