Penentuan Skim Agihan Zakat Pendidikan Kajian Di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Authors

  • Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki Universiti Sains Malaysia
  • Jasni Sulong Universiti Sains Malaysia
  • Hafizah Zainal Lembaga Zakat Negeri Kedah

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no2.34

Keywords:

agihan, keberkesanan, zakat, dasar

Abstract

Isu yang mendapat perhatian masyarakat terhadap institusi zakat adalah mengenai aspek agihan. Hal ini kerana masyarakat sering mempersoalkan mengenai peruntukan yang besar daripada wang zakat yang disalurkan terutamanya dalam agihan zakat pendidikan, namun masih terdapat asnaf yang tercicir daripada menerima bantuan. Tambahan pula, kos pendidikan yang semakin meningkat menyebabkan terdapat pelajar yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas alam persekolahan. Lembaga Zakat Negeri Kedah dipilih kerana mempunyai Sekolah Zakat Kedah (SDK) dan beberapa transformasi produk agihan zakat pendidikan yang memberi manfaat kepada asnaf. Timbul persoalan sejauh mana produk agihan zakat pendidikan memberikan manfaat kepada asnaf? Bagaimana ia dikenalpasti dan apakah proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu produk agihan ini disebarluas kepada asnaf yang layak? Apakah kriteria dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan dalam pengurusan agihan zakat pendidikan? Justeru, kertas kerja ini bertujuan membincangkan secara terperinci mengenai persoalan di atas. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan secara kualitatif iaitu dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Hasilnya, kajian ini mendapati terdapat beberapa proses yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir zakat bermula daripada fasa cadangan hinggalah kepada fasa penjenamaan produk agihan zakat pendidikan. Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan proses agihan, pihak LZNK juga berkolaborasi dengan beberapa buah IPTA dan institusi lain bagi mendapatkan maklum balas dan buah fikiran terhadap mekanisme sedia ada dan juga perancangan strategik agihan zakat pendidikan pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-02-22

How to Cite

Mohamad Zaki , M. M. ., Sulong , J. ., & Zainal , H. . (2021). Penentuan Skim Agihan Zakat Pendidikan Kajian Di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 1(2), 123-147. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no2.34

Issue

Section

Special Issue