Analisis Bibliometrik Ke Atas Hisbah Dan Ombudsman Dalam Pangkalan Data Scopus
DOI:
https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.137Keywords:
hisbah, ombudsman, analisis bibliometrik, Pangkalan Data Scopus, bibliometric analysis, Scopus DatabaseAbstract
Tingkah laku tidak beretika yang semakin berleluasa di setiap peringkat di seluruh dunia adalah membimbangkan. Untuk mengatasinya, undang-undang dan peraturan amat diperlukan. Antara mekanisme yang terkenal untuk mengatasi masalah tersebut ialah hisbah dan ombudsman. Untuk memahami kajian semasa yang berkaitan dengan hisbah dan ombudsman, analisis bibliometrik dalam makalah ini membincangkan kerjasama antarabangsa dan antara institusi, menggambarkan trend penerbitan saintifik, dan mengenal pasti tumpuan utama penyelidikan mengenai hisbah dan ombudsman yang dikenal pasti. Analisis bibliometrik ini juga menilai impak, penyelidik yang terlibat, dan institusi yang menjalankan penyelidikan mengenai hisbah dan ombudsman. Semua penerbitan dalam jurnal berwasit dimasukkan dalam analisis bibliometrik ini yang dikumpulkan dengan teliti daripada pangkalan data Scopus. Tinjauan dalam makalah ini terdiri merangkumi 1176 dokumen. Majoriti penerbitan (58.16%) melibatkan perspektif sains sosial; Majlis Penyelidikan Ekonomi dan Sosial (ESRC) di United Kingdom membiayai paling banyak penyelidikan dalam hisbah dan ombudsman (0.53%); 6.93% penerbitan telah diterbitkan dalam Journal of Social Welfare and Family Law; 2.37% ditulis oleh atau dengan Kirkham, R; 6.5% ditulis oleh penulis dari Niehenke Consulting, Baltimore, Amerika Syarikat; dan penyelidik Amerika Syarikat menghasilkan artikel paling banyak (21.23%). Tumpuan utama sepuluh penerbitan menerima sitasi teratas mengenai penyelidikan hisbah dan ombudsman juga dikemukakan dalam makalah kerja ini.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Fadzila Azni Ahmad, Azrin Ibrahim
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.