Kepercayaan Penjawat Awam Terhadap Pengurusan Wakaf Tunai Melalui Ejen Pentadbir Wakaf
DOI:
https://doi.org/10.51377/azjaf.vol4no1.108Keywords:
Wakaf, Wakaf Tunai, Kepercayaan, Ejen, MutawalliAbstract
Kajian mengenai tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadap institusi yang menguruskan harta wakaf amat penting pada ketika ini. Ia bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengurusan harta wakaf dalam semua aspek adalah seiring dengan pencapaiannya. Memandangkan institusi wakaf merupakan sebuah organisasi yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam, maka tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadapnya perlu dikenalpasti. Pelantikan Ejen Pentadbir Wakaf sebagai ejen kutipan wakaf berbentuk tunai oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemangkin dalam membantu meningkatkan jumlah pengumpulan harta wakaf terutamanya wakaf yang berbentuk tunai. Sehubungan dengan itu, tahap kepercayaan masyarakat untuk menyumbangkan wakaf tunai melalui pihak ini kesan daripada pengetahuan serta hebahan dan promosi yang dilakukan perlu dikaji untuk melihat dengan lebih jelas tanggapan ini di kalangan masyarakat. Kajian ini telah dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif dengan sampel data diperoleh menggunakan teknik sampel kemudahan (convenient sampling) dengan mengedarkan soal selidik secara atas talian (online survey) terhadap responden yang merupakan penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Hasil kajian mendapati faktor Hebahan Berkenaan Wakaf Tunai Oleh Ejen Pentadbir Wakaf dan Pengetahuan Berkenaan Ejen Pentadbir Wakaf adalah signifikan mempengaruhi masyarakat untuk menyumbangkan wakaf tunai melalui Ejen Pentadbir Wakaf.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Muhammad Hisyamuddin Ab. Halim, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.